Jumat, 10 Februari 2012

IKAN KELI

IKAN KELI
Ikan Keli adalah ikan airtawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinaihingga ke Jerantutdan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
  1. Ikan Keli Kayu
  2. Ikan Keli Bunga
  3. Ikan Keli Eksotika
  4. Ikan Keli Limbat
  5. Ikan Keli Mata Kati
  6. Ikan Keli Rusia
  7. Ikan Keli Afrika
  8. Ikan Keli Jeram
  9. Ikan Keli Hutan

Keli Kayu
Ikan Keli Kayu, Clarias batrachus, adalah spesies ikan air tawar yang mampu bernafas di darat dan terdapat kebanyakannya di Asia Tenggara. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Ikan Kucing Berjalan, dan dinamakan kerana ia bermisai seperti kucing dan keupayaannya untuk "berjalan" merentasi tanah kering, bagi mencari makanan atau persekitaran yang sesuai. Sungguhpun ia tidak sebenarnya berjalan sebagaimana haiwan berkaki empat atau berkaki dua, ia memiliki keupayaan untuk menggunakan ridipnya (“pectoral fin”) bagi mengekalkan dirinya tegak dan mengelidik seperti pergerakan ular. Ikan Keli Kayu memiliki tubuh yang memanjang dengan kepala bertulang, lebar, leper dengan mulut yang luas. Ikan Keli kayu memiliki empat pasang taji yang panjang dan agak keras. They possess four pairs of long, rather stiff barbels. Ikan Keli Kayu biasanya aktif pada waktu malam (“nocturnal”), memiliki organ pernafasan tambahan di atas ingsang (seperti ikan labyrinth) bagi membolehkan ia bernafas di udara. Ia mampu hidup dalam bentuk ini dan bergerak selagi ia kekal lembat.Ikan ini biasanya tinggal dalam air tenang dan sering kali air kolam bertakung di dalam kolam, paya, anak sungai, dan sungai, sawah padi atau kolam sementara yang mungkin kering. Apabila ini berlaku, kemahirannya berjalan menjadi penting untuk bergerak kesumber air yang lain.

Ciri-ciri dan bentuk badan
Ikan Keli kayu sekitar 30 cm (sekitar sekaki) panjang dan memiliki tubuh yang lonjong. Ia sering kali diselitupi tompok putih kecil melintang, tubuhnya kebanyakannya bewarna kelabu atau kelabu keperangan..Ikan Keli Kayu memiliki sirip dan ridip dorsal and sirip dubur ("anal fin")termasuk beberapa pasang janggut deria (“barbell”). Kulitnya tidak bersisik tetapi diselitupi dengan lendir, yang melindungi ikan keli ketika berada di luar air.
Satu perbezaan jelas antara keli dan ikan keli tempatan Amerika Utara, Ictalurid adalah ketiadaan ridip adipose pada ikan keli.
Ikan Keli Kayu perlu dipegang dengan berhati-hati ketika memancing kerana ia memiliki taji terbenam, atau mekanisma pertahanan seperti duri yang terlindung dibelakang siripnya (termasuk di bahagian tengah sebelum ekor)

Ikan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.
Keli Limbat
Ikan keli limbat dipercayai berkurangan berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.
Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.

Ikan keli mata kati kadang-kala dipanggil dengan nama keli bunga atau keli kampung di beberapa tempat di Malaysia. Warna ikan keliini lebih coklat kehitam-hitaman, terdapat titik kecil seperti mata dacing timbangan kati/tahil yang digunakan pada zaman dahulu pada badannya. Dahulu ikan keli ini banyak terdapat disawah dan bendang dan juga parit dan tali air. Ia mudah dipancing dengan menggunakan umpan cacing. Saiz ikan ini antara 15sm hingga 20sm

Keli Jeram
Ikan Keli Jeram ialah sejenis ikan air tawar. Nama sainsnya Amblyceps foratum. Ikan ini boleh ditemui di selatan Asia, Pakistan ke selatan Jepun dan Malaysia.
Ikan keli rusia
Ikan keli afrika

By: fahmiadiatma@gmail.com